Saturday, July 4, 2009

Berjumpa dengan mama seorang blogger

Kelmarin, balik kerja aku terus drive menuju ke Machang. Ada hal sikit kat sana. Setelah selesai urusan, terlintas pula nak singgah sekejap kat rumah salah seorang kawan blogger. Tapi masalahnya, aku tak pernah ke sana. Aku tak taupun mana lokasi rumahnya.

Satu saja panduan yang masih aku ingat semasa bersembang dengan blogger itu, iaitu ada satu tapak fun fair. Dari sana teruskan perjalanan. Perlu melalui 2 buah kampung. Ada rumah berwarna kuning.

Berdasarkan panduan ringkas yang diberinya itu, aku terus mencari rumah tersebut. Aku ingatkan senang saja nak mengenali rumahnya. Rupa-rupanya rumah berwarna kuning sepanjang jalan yang dimaksudkan itu terlalu banyak. Nak call blogger tu.. Aku tak tau pula nombor telefonnya. Adoiii..

Berdasarkan keyakinan dan gerak hati. Aku teruskan pencarian …

Hampir 15 minit aku drive, akhirnya aku temui jua. Bukan bertemu dengan blogger.. sebaliknya aku telah bertemu dengan mamanya (Blogger itu tak ada kat rumah). Seronok sekali berbual dengan mamanya. Sungguh mesra dan peramah. Malah tak keberatan apabila aku ingin mengambil gambar bersamanya.

p/s – Dalam perjalanan pulang, aku tersenyum sendirian. Biasanya blogger berjumpa sesama blogger. Aku pula berjumpa dengan mama blogger. hehe.

Tuesday, June 30, 2009

Aku dan Piano ...


Piano... tiba-tiba aku teringat je masa sekolah rendah dulu. Aku suka sangat pada piano. Suka pada gerak romantisnya jari jemari menyentuh butang piano. Pada kemerduan bunyinya. Pernah minta ayah belikan masa budak-budak dulu (piano mainan le..). Wah! betapa suka betul aku bila dapat sebuah piano masa tu. Apa lagi bergeraklah jari jemariku menyentuh butang piano… dan aku leka dengan kemerduan bunyi piano. Bunyi hasil sentuhan dari gerak perlahan jari jemariku. (bunyi tu sebenarnya keluar dari mulut aku juga. hehe).

Kini sejak 3 minggu yang lalu aku leka semula. Asyik duk dengar muzik dari piano je. Asyik melihat keindahan gerak jari jemari. Juga mendengar kemerduan muziknya…

Bila mendengarnya, aku terasa tenang… dan damai.

p/s - tuu kat sebelah kiri tu.. tengok le kelembutan gerak jari jemari dan kemerduan muziknya. kan kan ..

Friday, June 26, 2009

Kem Pendidikan Luar Peringkat Negeri Kelantan 2009

Beberapa hari yang lalu (22 hingga 25 Jun) – aku terlibat dengan Kem Pendidikan Luar & Kelab Pencinta Alam Sekitar, Sekolah Menengah Peringkat Negeri Kelantan 2009. Hampir 40 buah sekolah menengah terlibat dalam kem ini.

Seronok juga sekali sekala dapat luangkan masa bersama rakan jurulatih dan peserta kem. Apa taknya – dapat jugalah aku refresh balik kemahiran dan ‘otak gila-gila askar’ ni. Tambahan lagi untuk kem ini aku telah dilantik sebagai komandan kem (walaupun aku menolaknya berkali-kali). Tapi apakan daya, keputusan mesyuarat – terpaksalah akur. Tambahan aku ini sangat setia pada negara. ahaks!!

Macam biasalah – antara aktivitinya ialah merentas halangan, ikhtiar hidup, keyakinan di air, kraftangan, berkawad, senaman ala tentera, ceramah astronomi dan kembara lasak.

<<<<>>>>

kemahiran membina 'rumah' bila tersesat dalam hutan - elak gangguan binatang buas.

Ikhtiar hidup - buat perangkap.

Satu botol air mineral kecil - boleh guna buat wuduk seramai lebih 10 orang.

Mesti pandai berenang. Mana tau tiba-tiba terjatuh dalam sungai ke apa ke..


eeeeee hantu mana pula sedang peace 'V' tu? bedak asli daripada tanah ..


uiss camana boleh jatuh? adoii - air busuk tu..


Remaja mesti berjiwa kental.

Anak Malaysia perlu sentiasa sihat dan cergas.

Ceramah astronomi dari Dr Mahamarowi - Dr Pakar Bius HUSM.
Peserta diberi peluang meneropong bintang nan indah berkerdipan di langit.

Psssttt!! alat putih itu berharga hampir RM60,000.00. ( ingat nak beli satu wat teropong tengok bintang .. terpaksa batal hajat).

Saturday, June 20, 2009

Siapa yang suka dibohongi?

Siapa yang suka dibohongi? Sudah pasti tiadakan. Pakar hubungan dan pengarang buku, Meeting Your Match: Cracking The Code to Successful Relationship, Dr Jackie Black menjelaskan biasanya seseorang itu berbohong (tak kirale pada siapapun..) kerana berasa tidak selesa untuk berterus terang menyatakan kebenaran kerana bimbang akan akibat pengakuan jujur mereka. Mungkin takut tidak diterima… takut kehilangan...

Menurut Dr Jackie, tidak perlu mesin poligraf untuk mengesan pembohongan. Kerana ada tanda-tanda yang boleh dikesan dengan mudah. Dalam banyak situasi pembohongan, seringkali mulut tidak berkompromi dengan anggota tubuh yang lain.

Dr. Jackie menyenaraikan 5 indikasi yang boleh dikesan menerusi bahasa tubuh badan ketika seseorang itu berbohong.

1. Menutup mulut ketika berbicara.
2. Menggaru atau menyentuh hidung.
3. Menggaru mata.
4. Meraba leher (kajian mendapati perbuatan berbohong akan wujudkan rasa geli di bahagian kulit leher. hehe)
5. Gerakan kepala menggeleng atau mengelak daripada pandangan anda.

Bagi aku, tidak ada gunanya berbohong. Baik jujur je. Diterima atau tidak, itu terpulanglah pada seseorang. Kalau tak nak bagitau yang sebenar, mungkin kerana sesuatu sebab yang ada rasionalnya baik diam je. … kan itu lebih baik. (diam tu tak dikira kategori berbohongkan?.. ishh yake ni?)

Pssttttt!!!! itu cara nak kesan orang itu bercakap benar atau tak .. dengan baca bahasa tubuh badan. Maksudnya bila kita dapat berdepan dengan orang itu. Tapi bagaimana pula ya kalau kita nak tau seseorang itu berbohong dengan kita di alam maya ini? adehh..

Tuesday, June 16, 2009

Benarkah sepi itu indah?


Benarkah sepi itu indah?. Ungkapan kata ini telah lama bersama aku. Sejak dari sekolah menengah lagi. Malah bila datang je rasa sepi maka aku akan cuba untuk jadikan sepi itu indah. Tetapi sekarang ini pada masa tertentu... aku dapat rasakan sesungguhnya sepi itu membawa rasa kekosongan. Rasa ada tapi tiada. Dan yang pastinya sepi itu kadang-kala membuatkan aku rasa serba tak kena. Rasa sesepinya. Sungguh sunyi sekali.

Kerja memang tak pernah dan tak akan habis. Seronok sebenarnya bila bekerja. Terasa hidup je diri. Ke sana ke sini. Tapi itu hanya pada waktu bekerja. Waktu bila bersama rakan-rakan sekerja. Bersama dengan pelajar. Waktu diri dikelilingi ramai. Tapi bila tiba detiknya... aku dapat rasakan hidup ini begitu sepi. Sepi sesepinya. Dan bila sepi itu datang mulalah aku merenung diri berfikir sebaiknya… tentang kehidupan... tentang matlamat... tentang akhirnya.

Sunday, June 14, 2009

"Main Jual ..."

Jam 8.00 malam - dalam perjalanan balik rumah, aku singgah di kedai makan dekat Stadium Merdeka, Kota Bharu. Sebaik saja buka pintu kereta, aku lihat ada 5 budak perempuan dan 2 budak lelaki sedang bermain bersama - begitu asyik sekali. Aku dekati budak-budak itu ..

“Main apa ni?” aku bertanya.

“Main jual ..” jawab salah seorang daripada mereka.

Aku tersenyum. Geli hati melihat budak-budak itu. Terimbau masa aku budak-budak dulu. Masa tu ‘main jual’ adalah antara permainan harian aku dan teman-teman. Aku tak sangka, sekarang ini masih ada rupanya ‘main jual’ ini. Aku ingatkan permainan ini sudah pupus di kalangan kanak-kanak memandangkan banyak lagi permainan moden masa kini - sesuai dengan perkembangan teknologi komputer semasa.

Bagi aku, permainan ‘main jual’ ini sangat menarik dan bagus kerana ia melatih budak-budak untuk ‘berurus-niaga’. Ia tidak melibatkan kos atau belanja. Sekadar ambil bahan-bahan sekitar je. Mereka belajar untuk memasak, membungkus dan menjual. Malah mereka mengira wang walaupun dalam jumlah yang kecil.

p/s: Aku terlintas - orang perempuan Kelantan memang terkenal dengan semangat gigih berniaga. Mungkinkah salah satunya kerana permainan ‘main jual’ ini yang sudah mendarah daging di kalangan mereka sejak dari dulu lagi.

Saturday, June 6, 2009

Award dari teman blogger

Petang tadi balik dari kampung.. buka blog. Tengok shoutmix. ermm ada award le. hehe. Terima kasih. Baiknya hati. Mmmmuaahhh sekali!!!


Pertama, dari babytulip. Cantik award darinya. Terima kasih lady B. Suka kerana ada perkataan ‘cool’. Memang diri ini cool je. Sentiasa tenang.. damai..

Kedua, dari Nur. Awardnya cute je. Terima kasih juga untuk Nur.

p/s - Terima kasih... Moga kita terus bersilaturrahim bak air yang mengalir tenang.

Saturday, May 30, 2009

Peace 'V' untuk rakan-rakan guru


Cuti Pertengahan Tahun sekolah dahpun bermula (31 Mei – 13 Jun). Hampir 2 minggu sekolah cuti. Aku pasti para pelajar begitu suka dan gembira sekali. Maklumlah dapat berehat. Tapi itupun untuk pelajar bukan kelas peperiksaan. Untuk pelajar kelas peperiksaan tu macam biasalah ya, cuti-cuti juga, rehat-rehat juga tapi jangan lupa siapkan kerja rumah dan tugasan yang diberi tu!!

Dan cuti ini, aku juga teramat pasti rakan-rakan guru juga turut bergembira sama. hehe.

Kepada rakan-rakan guru semua, SELAMAT BERCUTI !! Peace 'V' untuk rakan-rakan guru.

Kepada yang bukan guru tuu... paham-paham jelah ek.